Stesen keretapi Kok Pasir


Stesen keretapi Kok Pasir ialah sebuah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Kampung Kok PasirTumpatKelantan,Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan antara Tumpat ke Gua Musang ,Kelantan .
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lagenda

Mengikut lagenda,  sungai di kampung ini ialah tempat persinggahan (Pengkalan) perahu-perahu layar pedagang untuk menjual dagangan termasuk garam, gambir, kain beberapa barangan lain.  Kebanyakan mereka dari Thailand. Perahu-perahu layar mereka dikenali dengan panggilan “JONG”



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

latar belakang

Latar Belakang. 

Mengikut sejarah orang tua-tua di kampung ini. Kampung Kok Pasir mula diterokai sekitar tahun 1830-an oleh dua beradik dari Negeri Terengganu iaitu Haji Che Yusof dan Che Hussin.Haji Che Yusof meneroka tanah di kawasan Hutan Jambu dan Che Hussin meneroka tanah di kawasan Kampung Kok Pasir. Selepas itu ramailah orang lain yang datang mendiami kampung ini.  Mereka berdua membawa diri ke sini dipercayai merajuk kerana pertelingkahan keluarga. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lokasi


Kampung Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat lokasinya kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15  kilometer dari ibu Negeri Kelantan iaitu Kota Bharu.  Keluasannya kira-kira 270 ekar. Dari Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan keretapi dan jalan sungai.Kampung sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung Belian dan Kg. Berangan. Pada tahun 2003 penduduk Kok Pasir seramai 1788 orang dan 100 % berbangsa Melayu dan beragama Islam. 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulama' Kg Kok Pasir

TOK SELEHOR adalah seorang ulama yang telah memasyhurkan nama sebuah kampung pedalaman di jajahan Tumpat kerana ilmu pengetahuan yang disebarkan kepada para pelajar yang membina pondok-pondok di Kampung Selehor (Kini kampung ini lebih dikenali dengan nama Kampung Kok Pasir).



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peta Kampung Kok Pasir dari daerah Tumpat.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejarah nama Kampung Kok Pasir..

Cetusan idea untuk menamakan kampung ini dengan nama Kampung Kok Pasir adalah berdasarkan kepada perkataan KOK bagi orang-orang di sini bermakna tanah tinggi.Bertepatan dari segi geografi, keadaan tanah di sini beralun dari sawah kepada kok, kemudian sawah dan kembali kepada kok semula begitu seterusnya seolah-olah gelombang alunan ombak.Disebabkan terdapat kok -kok  (tanah tinggi) dan ianya diliputi oleh tanah-tanah pasir, maka bertepatanlah lokasi ini dinamakan Kampung Kok Pasir.Kampung Lubuk Jong, Kampung Selehor dan Kampung Kok Pasir  adalah terletak di lokasi yang sama. Kemasyurannya mengikut rentetan sejarah. Generasi kini lebih mengenali Kampung Kok Pasir  daripada kampung Selehor atau Kampung Lubuk Jong. Pun begitu orang-orang lama di Kelantan masih mengenali kampung Selehor jika dibandingkan dengan Kampung Kok Pasir.Nama kampung Kok Pasir diharap akan berkekalan selamanya sebagaimana kekalnya tahap perpaduan masyarakat yang jitu, hidup harmoni,toleransi, bersatu padu, rukun damai dan memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi dan berdaya saing. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS